09 Januari 2011

HIDUP JANGAN TERLALU BERKIRA


Hidup ini hanya sementara, tiada yg kekal abadi... So, tujuan kita hidup ini utk mendapatkan keredhaan Allah... Dalam buat amal ibadat terutamanya, JANGAN TERLALU BERKIRA...
Untuk pengetahuan anda , orang yang berkira, Allah pun berkira dengannya. Oleh itu selagi kita mampu dan mempunyai kudrat marilah kita tolong-menolong. Jangan asyik mengomel dan berkira, nanti kita juga yang akan rugi. Pada zaman nabi s.a.w. orang ramai  berlumba-lumba untuk membuat kebajikan . Jika tidak ada wang untuk dihulurkan, diganti dengan kudrat yang ada.  Sekiranya sahabat kita tidak siap kerjanya, kita boleh menghulurkan bantuan untuk menyiapkannya.....Tapi kita tak tolong sebab banyak berburuk sangka.... Sedangkan agama mengajar kita supaya menjauhi berburuk sangka....Fikir-fikirkanlah.

05 Januari 2011

Menahan Marah


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w " Berwasiatlah kepadaku, Lalu Nabi s.a.w menjawab: "Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah." Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:" Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah."
Riwayat al-Bukhari
Huraian:
Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya.Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin meningkat.Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.Sesuatu persoalan atau wasiat yang memerlukan jawapan daripada seseorang, janganlah diminta secara mendesak atau menunjukkan kemarahan, tetapi hendaklah menggunakan tutur kata yang baik, bersopan dan sabar.

01 Januari 2011

Mujahid: 'Menuju PAS baru' untuk masa depan PAS

Bila saja membuka malaysiakini, terpampang tajuk tersebut di bahagian atas. Kadang-kadang saya tertanya juga siapakah sebenarnya yang dikatakan golongan ulama di dalam Pas. Mungkin ada antara rakan-rakan yang akan menempelak kata-kata saya ini. Cuma saya ingin bertanya, benarkah golongan-golongan yang ada di dalam Pas sekarang ini betul-betul boleh diiktiraf sebagai ulama. Apakah garis panduan yang diterima pakai bagi istilah "Ulama" di negara kita Malaysia ?