05 Mac 2011

Konflik Antara Ibubapa dan Anak

Petikan dari genta-rasa.com
Konflik antara ibu-bapa dan anak pasti terjadi. Walau bagaimana sabar dan bijaksananya kita mentadbir keluarga, satu ketika masalah ini akan muncul jua. Apatah lagi kita yang masih bermujahadah ini… tetap akan diuji Allah dengan karenah anak-anak.
Anak-anak pelbagai wataknya. Ada yang mudah mendengar, mudah dibentuk. Ada yang lemah, mudah terpengaruh… perlu diperkukuhkan selalu. Ada yang bijak, boleh diharap menjadi pengganti sewaktu diperlukan.
Dalam hal memilih jodoh misalnya, kekadang lebih sukar daripada memilih jodoh anak-anak berbanding memilih jodoh kita sendiri. Begitu juga dalam soal yang lain. Pandangan anak-anak perlu diraikan. Apa yang kita nampak, kekadang ditolaknya… bukan kerana dia derhaka, cuma belum sampai fikir dan congak mindanya ke tempat tuju fikiran kita. Masa perlu dihulurkan, perbincangan perlu diraikan. Jalan kita dahulu mungkin tidak relevan lagi dengan jalannya sekarang.
Apapun, prinsip dan syariat tetap sama. Mutlak sampai bila-bila. Pendekatan menegakannya sahaja yang mungkin berubah dan beza. Kebelakangan ini kerap pula saya menerima rintihan anak tentang saikap ibu-bapa. saya sungguh empati. Betapa kekadang saya juga pekak dan buta daripada rintihan anak sendiri. Kita perlukan hiadayah Allah untuk ketepatan dalam memimpin dan membuat keputusan. Sayang, cinta dan kasih tidak menafikan kebijaksanaan, ketegasan dan keadilan.
Mudah-mudahan, ada kebaikan yang dapat dipelajari dan diteladani oleh kita semua… Kita  sebagai ibu-bapa, mahupun kita sebagai anak.

Adakah Anda Seorang Yang Disukai Atau Dibenci ?

Sesetengah orang, pantang kawan-kawan jumpa mesti nak mendekatinya, mungkin antara sifat-sifatnyanya ialah :

1- Sentiasa tersenyum
2- Mudah mesra
3- Tidak mengata orang
4- Pendengar masalah kawan
5- Menyimpan rahsia kawan
6- Pemurah dan sentiasa belanja kawan
7- Tidak berkira
8- Ringan tulang (sentiasa membantu)
9- Melayan tetamu dengan terbaik
10-Tidak menyebelahi mana-mana pihak
11-Tidak menyimpan di dalam hati
12-Bersabar dengan kerenah kawan-kawan
13-Ramah kena pada tempat
14-Suka bersedekah
15-Bersopan santun
16-Baik budi bahasa
17-Suka dengan kanak-kanak
18-Tidak gurau melampau
19-Tekun dalam pekerjaan
20-Karisma semulajadi

Sesetengah orang, kawan-kawan jumpa pun mesti nak mengelak daripadanya, mungkin antara sifat-sifatnya ialah :-

1- Sentiasa masam mencuka
2- Egonya tinggi
3- Cakap Besar
4- Suka memanjangkan masalah kecil
5- Suka mengkritik orang
6- Suka mencari kesalahan orang lain
7- Tidak sabar
8- Pemarah
9- Tidak boleh menerima teguran
10-Syok sendiri
11-Asyik menyusahkan orang
12-Pentingkan diri sendiri
13-Kedekut
14-Buka rahsia kawan
15-Banyak berkira
16-Pemalas
17-Pentingkan diri sendiri
18-Berat untuk menolong orang
19-Tamak dan kuat cemburu
20-Suka berburuk sangka

04 Mac 2011

Minda Strategi

Semasa peperangan Badar, nabi Muhammad S.A.W dan kurang dari 300 orang pengikut pergi menaiki hanya tujuh ekor unta menentang Abu Sufyan. Tenteranya terdiri daripada kaum musyrikin Mekah yang berlipat ganda jumlahnya.
    Semasa menentukan tapak persediaan perang Habbab Ibn al-Munzir bertanya nabi Muhammad. "Ya Rasulullah, apakah tempat ini mengikut arahan Tuhan, bolehkah kita berpindah lagi ke depan atau ke belakang? Atau apakah ini hanya pendapat strategi peperangan semata-mata?"
   Nabi Muhammad menjawab " Ia hanyalah semata-mata pendapat strategi". Maka Habbab bingkas bangun dan berkata, "Kalau demikian maka ini bukan tempatnya, bangunlah tuan hamba dan sekalian hadirin lebih hampir dengan air Quraisy. Kita ambilnya dahulu, selepas itu kita musnahkan telaga-telaga itu lalu kita alirkan airnya kepada telaga kita yang diperluaskan dan dipenuhi dengan bekalan air yang berpanjangan".
  Habbab menyambung,"Sehinggalah apabila berlaku peperangan kita tidak kehausan, sebaliknya Quraisy dahaga kehausan". Maka nabi Muhammad S.A.W pun bangun dari tempat itu dan berubah ke tempat yang lebih dekat dengan telaga air itu.       Diriwayatkan oleh Ibn Hisyam.

   "Pada asasnya membina minda strategi bermula dengan menyelesaikan masalah yang kecil".