18 November 2013

Kenangan Bersama Pelajar Asrama Tingkatan Lima 2012 ke Bukit Bendera

Setiap Tahun apabila pelajar asrama SMKTJ  Tingkatan Lima telah tamat peperiksaan SPM, pihak pengurusan asrama akan menganjurkan lawatan ke destinasi-destinasi terpilih yang berdekatan bagi meraikan mereka. Program sebegini diadakan khas untuk pelajar-pelajar asrama tingkatan lima supaya mereka mempunyai kenangan-kenangan bersama apabila mereka meninggalkan asrama. Lawatan ini juga dijemput kepada guru-guru yang ingin terlibat supaya dapat dieratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan guru-guru dan juga warden-warden asrama.

Berkumpul sebelum menaiki train ke Bukit Bendera




















Acara Malam ialah Makan Ikan Bakar di Restoran Ikan Bakar Nurul.


Jamuan Makan Malam Asrama SMKTJ di Kulim Golf & Country Resort

Asrama SMKTJ telah mengadakan jamuan makan akhir tahun asrama SMKTJ di Kulim Golf and Country Resort bagi meraikan pelajar-pelajar asrama. Program ini diadakan setelah perlantikan baru jawatankuasa exco bagi sesi 2014 bagi menggantikan exco lama yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 bagi sesi 2013.
Selain diadakan program ini di luar asrama SMKTJ, ia juga bertujuan bagi merasai suasana di luar asrama. Ini kerana sepanjang tahun, semua program diadakan di dalam persekitaran sekolah dan asrama sahaja sama ada jamuan makan asrama, latihan pengurusan asrama, Program Khalifah Muda dan sebagainya. Oleh itu bagi pelajar asrama merasai iklim di luar, pihak pengurusan asrama telah mengaturkan suatu program di sini supaya pelajar-pelajar asrama dapat melihat bagaimana sesuatu program yang diatur di luar.














 
    








17 November 2013

Membeli-belah di Wang Kelian

Wang Kelian macam lah juga Padang Besar, cumanya kawasan untuk membeli-belah tak sama macam kat Padang Besar. Padang Besar ada deretan kedai, dan Kompleks utama di tengah-tengahnya. Manakala Wang Kelian pula seperti deretan di pasar malam. Walau bagaimanapun sesetengah orang lebih suka pergi ke  Wang Kelian daripada ke Padang Besar dan dikatakan harganya lebih murah berbanding dengan Padang Besar. Dan suasananya ala koboi sikit. Pertama kali sampai di sini memang rasa kelainan sikit. Tapi jangan lupa di sebelah sempadan Malaysia ada deretan kedai yang baru dibuka yang agak terlindung di sebalik komplek. Banyak kedai-kedai di situ dan terdapat berbagai barangan seperti juga di Padang Besar. Barangannya juga agak lebih murah kerana ramai orang lebih tertumpu di sebelah sempadan Thailand. Sesiapa yang baru pergi, eloklah bertanya orang yang berniaga di situ.