05 Mac 2011

Adakah Anda Seorang Yang Disukai Atau Dibenci ?

Sesetengah orang, pantang kawan-kawan jumpa mesti nak mendekatinya, mungkin antara sifat-sifatnyanya ialah :

1- Sentiasa tersenyum
2- Mudah mesra
3- Tidak mengata orang
4- Pendengar masalah kawan
5- Menyimpan rahsia kawan
6- Pemurah dan sentiasa belanja kawan
7- Tidak berkira
8- Ringan tulang (sentiasa membantu)
9- Melayan tetamu dengan terbaik
10-Tidak menyebelahi mana-mana pihak
11-Tidak menyimpan di dalam hati
12-Bersabar dengan kerenah kawan-kawan
13-Ramah kena pada tempat
14-Suka bersedekah
15-Bersopan santun
16-Baik budi bahasa
17-Suka dengan kanak-kanak
18-Tidak gurau melampau
19-Tekun dalam pekerjaan
20-Karisma semulajadi

Sesetengah orang, kawan-kawan jumpa pun mesti nak mengelak daripadanya, mungkin antara sifat-sifatnya ialah :-

1- Sentiasa masam mencuka
2- Egonya tinggi
3- Cakap Besar
4- Suka memanjangkan masalah kecil
5- Suka mengkritik orang
6- Suka mencari kesalahan orang lain
7- Tidak sabar
8- Pemarah
9- Tidak boleh menerima teguran
10-Syok sendiri
11-Asyik menyusahkan orang
12-Pentingkan diri sendiri
13-Kedekut
14-Buka rahsia kawan
15-Banyak berkira
16-Pemalas
17-Pentingkan diri sendiri
18-Berat untuk menolong orang
19-Tamak dan kuat cemburu
20-Suka berburuk sangka

04 Mac 2011

Minda Strategi

Semasa peperangan Badar, nabi Muhammad S.A.W dan kurang dari 300 orang pengikut pergi menaiki hanya tujuh ekor unta menentang Abu Sufyan. Tenteranya terdiri daripada kaum musyrikin Mekah yang berlipat ganda jumlahnya.
    Semasa menentukan tapak persediaan perang Habbab Ibn al-Munzir bertanya nabi Muhammad. "Ya Rasulullah, apakah tempat ini mengikut arahan Tuhan, bolehkah kita berpindah lagi ke depan atau ke belakang? Atau apakah ini hanya pendapat strategi peperangan semata-mata?"
   Nabi Muhammad menjawab " Ia hanyalah semata-mata pendapat strategi". Maka Habbab bingkas bangun dan berkata, "Kalau demikian maka ini bukan tempatnya, bangunlah tuan hamba dan sekalian hadirin lebih hampir dengan air Quraisy. Kita ambilnya dahulu, selepas itu kita musnahkan telaga-telaga itu lalu kita alirkan airnya kepada telaga kita yang diperluaskan dan dipenuhi dengan bekalan air yang berpanjangan".
  Habbab menyambung,"Sehinggalah apabila berlaku peperangan kita tidak kehausan, sebaliknya Quraisy dahaga kehausan". Maka nabi Muhammad S.A.W pun bangun dari tempat itu dan berubah ke tempat yang lebih dekat dengan telaga air itu.       Diriwayatkan oleh Ibn Hisyam.

   "Pada asasnya membina minda strategi bermula dengan menyelesaikan masalah yang kecil".

22 Februari 2011

Kerja Yang Senang Kenapa Menjadi Susah

Assalamualaikum...
Entri hari ini, saya ingin membincangkan tentang kerja-kerja yang sememangnya mudah tetapi dijadikan susah.
Apa maksud kerja yang senang tetapi menjadi susah ? sebagai contoh, ada orang hendak melakukan sesuatu yang mudah tetapi ada orang yang lain pula  yang menjadikannya susah, supaya dapat mencapai sesuatu yang dihajati , Kenapa ??.....sebab sesuatu itu dibuat tanpa teliti. Akhirnya orang lain pun jadi tak ikhlas sebab malas nak bersoal jawab. Maka kerja-kerja pun jadi cacamerba sebab masing-masing cuma nak habiskan kerja tadi. Akhirnya hasil tak seberapa tapi saling salah-menyalahlah pulak. Siapa yang untung ? siapa yang rugi? Oleh itu janganlah kita lari daripada norma-norma kebiasaan. Supaya tidaklah perkara yang senang menjadi susah.

16 Februari 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMK Taman Jelutong bersama Surau An Najah Taman Jati Kulim

Ini sewaktu Berzanji dan Marhaban
Ini Sewaktu Makan-makan bersama penceramah Ustaz Najib

Program ini diadakan bersama komuniti luar adalah bagi mengukuhkan hubungan silaturahim bersama masyarakat sekitar.

09 Januari 2011

HIDUP JANGAN TERLALU BERKIRA


Hidup ini hanya sementara, tiada yg kekal abadi... So, tujuan kita hidup ini utk mendapatkan keredhaan Allah... Dalam buat amal ibadat terutamanya, JANGAN TERLALU BERKIRA...
Untuk pengetahuan anda , orang yang berkira, Allah pun berkira dengannya. Oleh itu selagi kita mampu dan mempunyai kudrat marilah kita tolong-menolong. Jangan asyik mengomel dan berkira, nanti kita juga yang akan rugi. Pada zaman nabi s.a.w. orang ramai  berlumba-lumba untuk membuat kebajikan . Jika tidak ada wang untuk dihulurkan, diganti dengan kudrat yang ada.  Sekiranya sahabat kita tidak siap kerjanya, kita boleh menghulurkan bantuan untuk menyiapkannya.....Tapi kita tak tolong sebab banyak berburuk sangka.... Sedangkan agama mengajar kita supaya menjauhi berburuk sangka....Fikir-fikirkanlah.

05 Januari 2011

Menahan Marah


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w " Berwasiatlah kepadaku, Lalu Nabi s.a.w menjawab: "Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah." Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:" Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah."
Riwayat al-Bukhari
Huraian:
Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya.Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin meningkat.Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.Sesuatu persoalan atau wasiat yang memerlukan jawapan daripada seseorang, janganlah diminta secara mendesak atau menunjukkan kemarahan, tetapi hendaklah menggunakan tutur kata yang baik, bersopan dan sabar.

01 Januari 2011

Mujahid: 'Menuju PAS baru' untuk masa depan PAS

Bila saja membuka malaysiakini, terpampang tajuk tersebut di bahagian atas. Kadang-kadang saya tertanya juga siapakah sebenarnya yang dikatakan golongan ulama di dalam Pas. Mungkin ada antara rakan-rakan yang akan menempelak kata-kata saya ini. Cuma saya ingin bertanya, benarkah golongan-golongan yang ada di dalam Pas sekarang ini betul-betul boleh diiktiraf sebagai ulama. Apakah garis panduan yang diterima pakai bagi istilah "Ulama" di negara kita Malaysia ?