07 November 2013

KHURAFAT AKAD SATU NAFAS DALAM ADAT PERKAHWINAN DI MALAYSIA


Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

11 Julai 2012

Minggu Bahasa Arab Kembali Lagi (Sesi 2012)



Pelancaran Minggu Bahasa Arab oleh Pengetua SMKTJ
Pn. Arifah bt Abd. Kadir




Pertandingan Mengeja Perkataan Arab
 Pertandingan Menulis Jadual Waktu Dalam Bahasa Arab


Minggu Bahasa Arab Sesi 2012 kembali lagi dan telah dilaksanakan dengan berbagai program bagi menarik minat pelajar kepada Bahasa Arab. Usaha-usaha yang dilaksanakan ini adalah bagi memotivasikan pelajar-pelajar kepada Bahasa Arab dan mencintai Bahasa Arab. Secara kebetulan juga pada hari pelancaran Minggu Bahasa Arab Dr. Danial Zainal Abidin telah datang memberi ceramah di SMKTJ. Beliau juga menekankan betapa pentingnya mempelajari Bahasa Al Quran.



03 Mei 2012

Siapa Kawan Anda?

Ada orang kata  kalau nak kenal diri seseorang, lihatlah siapa kawan-kawannya. Kalau dia seorang yang alim, kawan-kawannya juga adalah di kalangan orang-orang yang berilmu. Ibarat jika dia berkawan dengan penjual minyak wangi, dia juga berbau wangi, kalau dia berkawan dengan tukang besi, bajunya juga akan berbau asap. Tapi bagaimanakah kalau seseorang itu berkawan dengan semua orang. Bagaimanakah kita nak menilai orang itu ? Kata orang-orang tua, kalau seseorang yang minat memancing...tak kira siapa pun dia, Tok Imam Masjid ke, Ahli Muzik ke,  tentu dia akan mencari kawan yang mempunyai hobi yang sama. Jadi nilailah dia dari hobinya. Tetapi bolehkah begitu, dengan hanya melihat dari satu, dua sudut sahaja? Bukankah pepatah Inggeris ada mengatakan " Don't Judge book by it cover'.....Oleh itu bukan senang menilai manusia. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain........ So beware !!!

02 Mei 2012

Kumpulan Nasyid SMKTJ

Ini Kumpulan Nasyid SMK Taman Jelutong, Bila pulak kamera terlepas kat tangan diaorang ni. Tup-tup berposing sakan pulak. Walau bagaimanapun mereka telah berjaya menjadi Naib Johan Nasyid Peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu dalam MTQ baru-baru ini. Syabas diucapkan. Nasyid-nasyid juga, Jangan lupa tentang pelajaran sudah......!!!

21 April 2012

Program Bahasa Arab Oleh Bakal Guru dari Tunku Bainun

Pada 21 April 2012 telah diadakan program Bahasa Arab untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2 SMK Taman Jelutong. Program ini turut dihadiri oleh Pelajar-pelajar dari SMK Jalan Paya Besar.
Program ini dikendalikan oleh bakal ustaz dan ustazah dari Maktab Tunku Bainun P. Pinang.
Semangat yang ditunjukkan oleh bakal-bakal guru ini di dalam memperkasakan Bahasa Arab patut dipuji.
Berbagai program telah diatur oleh mereka sendiri.






19 April 2012

Lawatan Penanda Aras Ke SMK Sham N9

 Gambar ini di ambil semasa singgah di R&R Gunung Semanggol

 Sesi makan malam di Restoran Nelayan Tmn Tasik Titiwangsa

 Gambar Bersama guru-guru SMK SYAM
 Photographer SMK Tmn. Jelutong  :)
 Sesi Berbalas Pantun....he..he....hentam saja.
Bersama Cikgu Shahron dalam bilik fail SMK Syam. Fail-fail kat sini semua tersusun rapi.

11 Mac 2012

Perjalanan Masa


Gambar ni di ambil di Pantai Batu Buruk, Santai-santai sambil makan kepok lekor. Gambar tahun lepas.

Ini Gambar terbaru kat Pantai Teluk Batik, Lumut Perak. Bersama Family berkelah masa melawat Bonda di Sabak Bernam. Bagi meraikan kami ,Adik Yati dan Hafiz bersama Tok Pisah bawa kami ke sini.
Tarikh 10 Mac 2012

Ini kat zoo Taiping, time cuti sekolah

Gambar Ni sewaktu pergi ke Tambon, pergi bersama pelajar-pelajar ting 3, Mengiringi pelajar selepas PMR

Program Sambutan Maulidur Rasul Tahun Lepas, Program bersama SMKTJ dengan Penduduk Taman Jati

Gambar masa pertunangan Anak saudara Najiah dengan Arab Mesir Abd. Wahab