07 November 2013

Candid dan Kenangan Lawatan Penanda Aras ke SMK SHAM Negeri Sembilan

 Cikgu Wati : " Bak Pe Driver lambat jalang gi ni"
Cikgu Faizah : "Sabaq-sabaq"

 Arwah Cikgu Mustafa bersama-sama rombongan ke SMK SHAM



En Zaidi : " Seksa la naik baih. Besiaq"

Cikgu Suyamin: " Nak Dok tang mana ni, semua pakat duduk tempat strategik dah"


Cikgu Ismail: " Awat camera ni nampak gelap tak tau"

Pn. Arifah: "Ha jadi pi jugak no, kata tak jadi pi"



En. Zaimi:" Ambik-ambik, free..tak payah bayaq 1 sen pun"

Singgah rehat di R&R

Pn. Norziah :" Baru nak telelap baih berenti pulak dah"




En zaidi : " Maih pakat-pakat bersenam dulu, buat macam saya. Sat gi kita nak pi makan :)"

Cikgu Dziauddin : " Makan-makan Ustaz, sat lagi kita tangkap gambar"









Cikgu Ruby:" Cuba hang pikiaq Wati, macamana kita nak adaptasi di kelaih kita"





Pn. Midah: "Ambik-ambik tengah panas ni sedap ni"





Cikgu Kausar :" Ambik-ambik Maznah, kat Kulim bukan ada macam ni"



Cikgu Shahron:" Tak dak udang pun, depa ambik kat mana.."






Perbualan yang direka sekadar gurauan apabila tuan2 dan puan2 melihat gambar-gambar sewaktu lawatan.
Jangan mare...:))

Lawatan Ilmu SMK Taman Jelutung Kulim, Kedah, Malaysia ke Pondok Modern Darussalam Gontor Indonesia.

Kumpulan  Rombongan SMKTJ ke Gontor Indonesia
Penulis di depan Pusat Pentadbiran Pondok Modern Darussalam Gontor

Siti Fatimah bersama mama dan Ilma

Di Depan Masjid Pondok Modern Darussalam Gontor

Pn. Arifah bt Abd. Kadir menyampaikan Cenderamata kepada Tim. Pengetua PMDSG 1

 Kompleks Shopping di Surabaya

 Sekali-sekala bergambar macam ni..:)

Tempat Makan di Surabaya

Airport Surabaya (Jawa Tengah)  sebelum bertolak ke Bandung (Jawa Barat)
Macam nak naik keretapi di India aje :))

Imam Bapak Us. Sobri bersama pemandu pelancong.

Pemandangan dari puncak gunung tempat penginapan kami di Bandong, tak ingat apa nama tempat ini.

Ini di kawasan Gunung Berapi Tangkuban Parahu


 Ini gambar Cikgu Rahim dan isteri sedang mengimbau kenangan lalu.

Penulis bersama family

Gambar berlatar belakangkan Gunung Berapi Tangkuban Parahu yang masih aktif dan baru dibuka kembali selepas di tutup setelah meletup dan mengeluarkan asap sebulan daripada lawatan kami

Puncak gunung untuk melihat pemandangan ( Tapi ada lagi yang tinggi, tapi tidak dibenarkan kepada pelawat demi keselamatan pelancong)





 Tempat telaga air panas di kaki gunung Tangkuban Perahu

Berhenti makan setelah penat memeriksa dan meninjau gunung-gunung berapi yang masih aktif.



Siti Khadijah (besar) bersama Siti Fatimah Az Zahra (kecil)

Di Hotel Penginapan. Puncak Gunung (Bilik Tak Payah Pasang Aircond) 

Masjid Utama dan Terbesar di Jakarta


Bertolak balik dari Jakarta ke Penang

Selepas ini ke mana Destinasi kita..........????

KHURAFAT AKAD SATU NAFAS DALAM ADAT PERKAHWINAN DI MALAYSIA


Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

11 Julai 2012

Minggu Bahasa Arab Kembali Lagi (Sesi 2012)



Pelancaran Minggu Bahasa Arab oleh Pengetua SMKTJ
Pn. Arifah bt Abd. Kadir




Pertandingan Mengeja Perkataan Arab
 Pertandingan Menulis Jadual Waktu Dalam Bahasa Arab


Minggu Bahasa Arab Sesi 2012 kembali lagi dan telah dilaksanakan dengan berbagai program bagi menarik minat pelajar kepada Bahasa Arab. Usaha-usaha yang dilaksanakan ini adalah bagi memotivasikan pelajar-pelajar kepada Bahasa Arab dan mencintai Bahasa Arab. Secara kebetulan juga pada hari pelancaran Minggu Bahasa Arab Dr. Danial Zainal Abidin telah datang memberi ceramah di SMKTJ. Beliau juga menekankan betapa pentingnya mempelajari Bahasa Al Quran.



03 Mei 2012

Siapa Kawan Anda?

Ada orang kata  kalau nak kenal diri seseorang, lihatlah siapa kawan-kawannya. Kalau dia seorang yang alim, kawan-kawannya juga adalah di kalangan orang-orang yang berilmu. Ibarat jika dia berkawan dengan penjual minyak wangi, dia juga berbau wangi, kalau dia berkawan dengan tukang besi, bajunya juga akan berbau asap. Tapi bagaimanakah kalau seseorang itu berkawan dengan semua orang. Bagaimanakah kita nak menilai orang itu ? Kata orang-orang tua, kalau seseorang yang minat memancing...tak kira siapa pun dia, Tok Imam Masjid ke, Ahli Muzik ke,  tentu dia akan mencari kawan yang mempunyai hobi yang sama. Jadi nilailah dia dari hobinya. Tetapi bolehkah begitu, dengan hanya melihat dari satu, dua sudut sahaja? Bukankah pepatah Inggeris ada mengatakan " Don't Judge book by it cover'.....Oleh itu bukan senang menilai manusia. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain........ So beware !!!

02 Mei 2012

Kumpulan Nasyid SMKTJ

Ini Kumpulan Nasyid SMK Taman Jelutong, Bila pulak kamera terlepas kat tangan diaorang ni. Tup-tup berposing sakan pulak. Walau bagaimanapun mereka telah berjaya menjadi Naib Johan Nasyid Peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu dalam MTQ baru-baru ini. Syabas diucapkan. Nasyid-nasyid juga, Jangan lupa tentang pelajaran sudah......!!!