03 Mei 2012
Siapa Kawan Anda?
Ada orang kata kalau nak kenal diri seseorang, lihatlah siapa kawan-kawannya. Kalau dia seorang yang alim, kawan-kawannya juga adalah di kalangan orang-orang yang berilmu. Ibarat jika dia berkawan dengan penjual minyak wangi, dia juga berbau wangi, kalau dia berkawan dengan tukang besi, bajunya juga akan berbau asap. Tapi bagaimanakah kalau seseorang itu berkawan dengan semua orang. Bagaimanakah kita nak menilai orang itu ? Kata orang-orang tua, kalau seseorang yang minat memancing...tak kira siapa pun dia, Tok Imam Masjid ke, Ahli Muzik ke, tentu dia akan mencari kawan yang mempunyai hobi yang sama. Jadi nilailah dia dari hobinya. Tetapi bolehkah begitu, dengan hanya melihat dari satu, dua sudut sahaja? Bukankah pepatah Inggeris ada mengatakan " Don't Judge book by it cover'.....Oleh itu bukan senang menilai manusia. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain........ So beware !!!
02 Mei 2012
Kumpulan Nasyid SMKTJ
Ini Kumpulan Nasyid SMK Taman Jelutong, Bila pulak kamera terlepas kat tangan diaorang ni. Tup-tup berposing sakan pulak. Walau bagaimanapun mereka telah berjaya menjadi Naib Johan Nasyid Peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu dalam MTQ baru-baru ini. Syabas diucapkan. Nasyid-nasyid juga, Jangan lupa tentang pelajaran sudah......!!!
21 April 2012
Program Bahasa Arab Oleh Bakal Guru dari Tunku Bainun
Pada 21 April 2012 telah diadakan program Bahasa Arab untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2 SMK Taman Jelutong. Program ini turut dihadiri oleh Pelajar-pelajar dari SMK Jalan Paya Besar.
Program ini dikendalikan oleh bakal ustaz dan ustazah dari Maktab Tunku Bainun P. Pinang.
Semangat yang ditunjukkan oleh bakal-bakal guru ini di dalam memperkasakan Bahasa Arab patut dipuji.
Berbagai program telah diatur oleh mereka sendiri.
19 April 2012
Lawatan Penanda Aras Ke SMK Sham N9
Sesi makan malam di Restoran Nelayan Tmn Tasik Titiwangsa
Gambar Bersama guru-guru SMK SYAM
Photographer SMK Tmn. Jelutong :)
Sesi Berbalas Pantun....he..he....hentam saja.
Bersama Cikgu Shahron dalam bilik fail SMK Syam. Fail-fail kat sini semua tersusun rapi.
11 Mac 2012
Perjalanan Masa
Gambar ni di ambil di Pantai Batu Buruk, Santai-santai sambil makan kepok lekor. Gambar tahun lepas.
Ini Gambar terbaru kat Pantai Teluk Batik, Lumut Perak. Bersama Family berkelah masa melawat Bonda di Sabak Bernam. Bagi meraikan kami ,Adik Yati dan Hafiz bersama Tok Pisah bawa kami ke sini.
Tarikh 10 Mac 2012

Ini kat zoo Taiping, time cuti sekolah
Gambar Ni sewaktu pergi ke Tambon, pergi bersama pelajar-pelajar ting 3, Mengiringi pelajar selepas PMR
Program Sambutan Maulidur Rasul Tahun Lepas, Program bersama SMKTJ dengan Penduduk Taman Jati
Gambar masa pertunangan Anak saudara Najiah dengan Arab Mesir Abd. Wahab
10 Februari 2012
Konvoi Ke Hatyai, Thailand
Orang kata Hatyai ni tempat membeli belah. Memang betul pun apa yang orang kata. Selain itu banyak juga tempat melancong yang menarik. Patutpun orang Malaysia suka melancong ke sana. Perbelanjaan pun ok jugak. Hotel pun murah. Teksi dia (tut-tut) pun murah. Kesimpulannya memang berbaloi melancong ke Hatyai Thailand.
Kalau pergi Hatyai time public holiday memang jem gila kat imigresen .
Group kami saja kena tunggu sampai 2 jam
Kat Center Hatyai Pada waktu malam. (Kawasan membeli belah )
Tapi barang2 kat sini mahal sikit
Ni Kat pasar Terapong. Penjual dia menjual dari dalam sampan Berbagai jenis makanan yang unik dijual di sini.
Ini kawasan kraftangan
Bersama Cikgu Rahim Jumat menunggu lori tut-tut untuk pulang ke Hotel Siam Center
Bersama Cikgu Ismail Othman menunggu Breakfast kat Restoran Halal Muslim
Kat Pasar Basah Hatyai...kat sini kalau nak membeli kena pandai tawar-menawar
Bersama Family kat Pantai Songkla
Cikgu Rahim dan Isteri
Ustaz Faiz dan Cikgu Ismail sedang menunggu Breakfast.
memang lambat....kena tunggu 45 minit sebab restoran baru buka dan orang ramai menunggu.
Inilah kalau datang Hatyai time cuti umum.
Kedai Muslim banyak don't worry tapi kena pandai carilah....
Makanan yang unik dan halal
Penjual menjual dari atas sampan.
Kalau nak pergi kat sini lewat-lewat sikit baru best
Buka dari pukul 3.00 petang - 9.00 malam.untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
28 Oktober 2011
Lawatan SMKTJ ke Gua Tempurung dan The Lost World Of Tambon
Ketua Kontijen Pn. Hamisiah sedang sibuk menguruskan pelajar2 Tingkatan 3.
Guru-guru yang turut menyertai ekspedesi ke Gua Tempurung sedang melayan anak-anak makan
Guru2 sedang beratur bersama pelajar untuk memasuki Lost World Of Tambon
Ustaz Amerudin bersama Family turut mengiringi pelajar
Langgan:
Catatan (Atom)


