11 Disember 2010

Suka Kepada Agama Tetapi Tidak Memahami Agama

Assalamualaikum...


Masyarakat kita pada hari ini, nampaknya ramai yang ingin kembali kepada agama tetapi mereka tidak memahami agama.

Apa yang mereka tahu dan faham bahawa Nabi s.a.w adalah seorang yang zuhud dan miskin, tetapi baginda menjadi seorang pemimpin yang Agung. Begitulah yang Masyarakat fahami tentang menjadi seorang pemimpin tanpa mendasari kepada ilmu dan siroh serta segala pengajaran daripada Al Quran dan Hadis. Oleh kerana itu Masyarakat kita menilai sesuatu itu daripada luaran sahaja. Maka dengan sebab itu pada hari ini mereka mencari pemimpin yang sebegitu. Mereka mahukan pemimpin yang boleh berkorban untuk mereka dan kalau boleh pemimpin2 ini merayu kepada mereka untuk mendapatkan bantuan2 untuk kebajikan seolah-olah pengurus kepada harta2 mereka untuk tujuan kebajikan. Tapi pada masa yang sama mereka tidak mahu mendengar kata2 nasihat pemimpin tersebut sekiranya pemimpin tersebut tidak menurut kehendak mereka. Kalau boleh pemimpin2 mesti berkorban segala-galanya demi rakyat dan masyarakat. 


Begitulah juga pandangan masyarakat yang berlaku kepada ustaz-ustaz dan guru2 agama di dalam sesuatu masyarakat, kalau boleh mereka hendak melihat guru2 agama juga kehidupan seperti Nabi Muhammad s.aw dari segi zuhud dan miskin, tetapi pada masa yang sama, mereka juga mengambil sebahagian nasihat dan menolak sebahagian nasihat yang lain.....kenapa ini semua berlaku ? Ini kerana masyarakat tidak memahami agama yang sebenarnya. Masyarakat mengetahui agama hanya melalui bacaan ringan, masyarakat memahami agama melalui cerita2 tv dan filem, masyarakat memahami agama melalui anggapan bahawa agama begini-begitu. Masyarakat hari ini bukan lagi belajar agama tetapi mendengar ceramah tentang agama. Apa yang saya maksudkan di sini untuk memahami agama mestih merangkumi ilmu tauhid, ilmu feqah, ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu siroh, ilmu tasawuf, ilmu nahu dan sarafnya, ilmu akhlaknya dan berbagai lagi jenis ilmu yang kesemuanya saling berkait antara sama lain. 


Begitu juga kepada orang yang hendak menyampaikan ceramah mesti ada elemen2 ini, supaya ilmu-ilmu yang ada itu tidak lari daripada matlamat sebenar sesuatu ilmu disampaikan. Jangan jadi macam penjual ubat yang pandai bercakap tetapi apa-apa pun tidak tahu. Penerangan kepada Masyarakat perlu melalui kepelbagaian ilmu. Cuba renung hadis nabi s.a.w ini. bahawa di akhir zaman ilmu akan diambil kembali.  


Hadis yang  Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”



(al-Bukhari)

Huraian:
Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Istilah ulama pula digunakan pada orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mendalami ilmu agama. Di zaman ini, hampir tiada lagi ulama’ yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan