Pengalaman saya Sebagai
seorang guru di Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia dan berpengalaman
mengajar di Sekolah Agama Rakyat (SAR), telah banyak melihat double standard
kerajaan di dalam memberi pendidikan sempurna kepada rakyat. Kenapa SAR yang
mempunyai subjek mata pelajaran yang banyak, kadang-kadang sehingga 18 mata
pelajaran, tetapi pelajar-pelajarnya tetap cemerlang dan ada sebahagiannya melebihi
pencapaian pelajar-pelajar yang ada di
sekolah-sekolah milik kerajaan.
Walaupun Pelajar-pelajar di SAR
mempunyai serba-serbi kekurangan sama ada dari sudut prasarananya, kewangannya,
kekurangan guru terlatih dan berbagai-bagai-bagai lagi kekurangan, namun
pelajar-pelajar ini tetap berjaya bersaing dengan pelajar-pelajar di sekolah
menengah harian atau sekolah menengah berasrama milik kerajaan yang ditanggung
sepenuhnya oleh kerajaan.
Namun suatu hakikat yang perlu
diketahui oleh semua rakyat Malaysia ialah Sekolah-sekolah SAR ini terbina
hasil daripada sumbangan bangsa Melayu dan umat Islam itu sendiri yang ingin melihat
anak-anak Melayu yang beragama Islam dapat belajar dalam acuan pendidikan Islam
itu sendiri dan mempunyai kebebasan merencana kehidupan mereka sendiri.
Tetapi persoalannya,
kenapa kerajaan menganaktirikan 100 peratus anak Melayu yang belajar di
sekolah-sekolah tersebut ? Dimanakah agenda UMNO yang dilaung-laungkan untuk memartabatkan
bangsa Melayu, sedangkan 100 peratus pelajar-pelajar yang belajar di sekolah-sekolah tersebut adalah 100 peratus berbangsa Melayu
dan berugama Islam. Kenapa agenda pendidikan mesti dipolitikkan. Sedangkan
menurut kajian yang dilakukan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Islam mendapati Sekolah
Agama Rakyat (SAR) mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:-
ü
kebanyakan guru di SAR
bersikap dedikasi terhadap profesion mereka kerana pegangan agama (taat kepada
Allah). Mereka bersemangat tinggi untuk memajukan bangsa dan agama.
ü
Sekolah-sekolah agama
memberi penekanan kepada usaha membenteras masalah keruntuhan moral, dan
mewujudkan suasana kekeluargaan di sekolah dan mengamalkan sifat persaudaraan
yang tulin.
ü
Pengajaran-pembelajaran
menekankan pembentukan sifat-sifat mulia, iman dan hukum Allah. Pelajar-pelajar
diberikan kebebasan memilih jurusan pengajian masing-masing terutamanya dalam
pengajian agama.
ü
Guru menjadi contoh
tauladan yang baik kepada pelajar dan didapati mereka sanggup berkhidmat
walaupun kelengkapan sekolah tidak mencukupi.
ü
Pelajar lepasan
sekolah-sekolah agama mempunyai peluang yang lebih luas berbanding dengan
lepasan sekolah-sekolah biasa kerana mereka mempunyai pengetahuan akademik dan agama,
selain daripada mempelajari Bahasa Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Oleh itu, adakah dengan menyerapkan SAR ke dalam
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) akan menjadikan sekolah-sekolah tersebut
lebih baik ?
Hakikat yang semestinya perlu diakui oleh masyarakat ialah, baik dan
buruknya bukan terletak kepada sekolah
SAR tetapi sistem dan acuan yang diterima pakai. Sedangkan sistem yang diterima pakai oleh kerajaan di dalam
Sistem Pendidikan Malaysia itu sendiri adalah suatu sistem yang cacamarba yang
tidak mempunyai halatuju yang jelas. Malah Tokoh akademik negara, Pak Ungku
Aziz juga pernah menyuarakan pandangan kritisnya di mana beliau merasakan
jikalau sistem pendidikan di Malaysia tiada tangan-tangan gatal yang mengusik
dan merombaknya sesuka hati, beliau yakin dan pasti pendidikan negara tidak
akan menjadi cacamarba seperti yang berlaku sekarang. Ini jelas dilihat kepada
perjalanan sekolah-sekolah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia sekarang,
yang melonggokkan berbagai-bagai program kepada sekolah-sekolah untuk
dilaksanakan. Manakala kumpulan pelaksana pula mesti melaksanakan program-program
tersebut dalam apa jua keadaan sekalipun tanpa boleh membantah dan bersuara walaupun
program-program tersebut tidak jelas dan terancang ke mana arah tujunya.
Manakala sesetengah pemimpin yang gila glamour pula mencanangkan
perkara-perkara yang mereka sendiri tidak faham, tetapi hendak orang lain
memahaminya.
Pendidikan yang cacamarba ini
sebaliknya tidak berlaku di SAR, ini disebabkan SAR mempunyai matlamat yang
jelas bagi melahirkan pelajar yang beriman dan berakhlak. Iaitu dua asas
penting kepada pembangunan jati diri yang akhirnya mampu merencanakan kehidupan
mereka pada masa hadapan. SAR tidak kekurangan dari segi input ilmu, malah melebihi
input yang diberikan oleh sekolah-sekolah kerajaan itu sendiri. Perkataan-perkataan
yang keluar daripada mulut sesetengah pihak dengan mengatakan bahawa
pembangunan pelajar di SAR tidak seimbang di antara kurikulum dan ko kurikulum
adalah retorik semata-mata bagi memperlihatkan kelemahan SAR. Sedangkan
pelajar-pelajar di SAR lebih berdikari dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu
biarlah SAR berjalan dengan acuannya sendiri tanpa ada tangan-tangan gatal yang
cuba menghancurkannya tanpa disedari. Jika ingin membantu, hulurkanlah bantuan
kewangan yang diperlukan oleh SAR. SAR adalah milik rakyat dan ia akan kembali
kepada rakyat.