18 November 2013

Jamuan Makan Malam Asrama SMKTJ di Kulim Golf & Country Resort

Asrama SMKTJ telah mengadakan jamuan makan akhir tahun asrama SMKTJ di Kulim Golf and Country Resort bagi meraikan pelajar-pelajar asrama. Program ini diadakan setelah perlantikan baru jawatankuasa exco bagi sesi 2014 bagi menggantikan exco lama yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 bagi sesi 2013.
Selain diadakan program ini di luar asrama SMKTJ, ia juga bertujuan bagi merasai suasana di luar asrama. Ini kerana sepanjang tahun, semua program diadakan di dalam persekitaran sekolah dan asrama sahaja sama ada jamuan makan asrama, latihan pengurusan asrama, Program Khalifah Muda dan sebagainya. Oleh itu bagi pelajar asrama merasai iklim di luar, pihak pengurusan asrama telah mengaturkan suatu program di sini supaya pelajar-pelajar asrama dapat melihat bagaimana sesuatu program yang diatur di luar.














 
    








Tiada ulasan:

Catat Ulasan