17 November 2013

Membeli-belah di Wang Kelian

Wang Kelian macam lah juga Padang Besar, cumanya kawasan untuk membeli-belah tak sama macam kat Padang Besar. Padang Besar ada deretan kedai, dan Kompleks utama di tengah-tengahnya. Manakala Wang Kelian pula seperti deretan di pasar malam. Walau bagaimanapun sesetengah orang lebih suka pergi ke  Wang Kelian daripada ke Padang Besar dan dikatakan harganya lebih murah berbanding dengan Padang Besar. Dan suasananya ala koboi sikit. Pertama kali sampai di sini memang rasa kelainan sikit. Tapi jangan lupa di sebelah sempadan Malaysia ada deretan kedai yang baru dibuka yang agak terlindung di sebalik komplek. Banyak kedai-kedai di situ dan terdapat berbagai barangan seperti juga di Padang Besar. Barangannya juga agak lebih murah kerana ramai orang lebih tertumpu di sebelah sempadan Thailand. Sesiapa yang baru pergi, eloklah bertanya orang yang berniaga di situ.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan