04 Mac 2011

Minda Strategi

Semasa peperangan Badar, nabi Muhammad S.A.W dan kurang dari 300 orang pengikut pergi menaiki hanya tujuh ekor unta menentang Abu Sufyan. Tenteranya terdiri daripada kaum musyrikin Mekah yang berlipat ganda jumlahnya.
    Semasa menentukan tapak persediaan perang Habbab Ibn al-Munzir bertanya nabi Muhammad. "Ya Rasulullah, apakah tempat ini mengikut arahan Tuhan, bolehkah kita berpindah lagi ke depan atau ke belakang? Atau apakah ini hanya pendapat strategi peperangan semata-mata?"
   Nabi Muhammad menjawab " Ia hanyalah semata-mata pendapat strategi". Maka Habbab bingkas bangun dan berkata, "Kalau demikian maka ini bukan tempatnya, bangunlah tuan hamba dan sekalian hadirin lebih hampir dengan air Quraisy. Kita ambilnya dahulu, selepas itu kita musnahkan telaga-telaga itu lalu kita alirkan airnya kepada telaga kita yang diperluaskan dan dipenuhi dengan bekalan air yang berpanjangan".
  Habbab menyambung,"Sehinggalah apabila berlaku peperangan kita tidak kehausan, sebaliknya Quraisy dahaga kehausan". Maka nabi Muhammad S.A.W pun bangun dari tempat itu dan berubah ke tempat yang lebih dekat dengan telaga air itu.       Diriwayatkan oleh Ibn Hisyam.

   "Pada asasnya membina minda strategi bermula dengan menyelesaikan masalah yang kecil".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan