25 Julai 2011

Norway Digegarkan Dengan Bom Lagi.

Assalamualaikum...

Dah lama saya  tidak menulis di dalam blog ini. Dah berbulan tidak menulis kerana sibuk dengan kelas Bahasa Arab di Kolej Komuniti dan kelas-kelas lain yang dijalankan. Namun hari ini tergerak hati ingin menulis kerana sepanjang mamandu terdengar berita di radio tentang kekejaman seorang rakyat Norway yang membunuh dan mengebom membuta tuli di atas alasan cuba membangkitkan peperangan salib bagi mengelakkan Islam dari  terus berkembang di rantau Eropah pada masa sekarang. Sememangnya hasil daripada bacaan saya, selepas tragedi 11 September, Islam semakin mendapat tempat di negara-negara Barat. Tapi amat malang bagi kita di Malaysia, agama Islam semakin terpinggir oleh umat Islam sendiri. Semua ini akibat daripada mainan politik yang berpanjangan. Suasana politik yang berpanjangan menyebabkan masa terbuang dengan membincangkan perkara-perkara yang kadang-kadang picisan sahaja. Oleh itu wahai pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang ,cukup-cukuplah mewujudkan suasana yang tidak harmoni ini. Tumpukanlah usaha-usaha membangkitkan kegemilangan Islam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan