26 Ogos 2011

Pendakwah Mesti Banyak Membaca dan Mengkaji

Sejak mutakhir ini, ramai pendakwah telah muncul samada dari kalangan ustaz atau bukan ustaz. Apa yang membimbangkan ramai antara mereka tidak mencukupi ilmu di dada. Hasrat mereka amat baik tetapi sekiranya ilmu tidak mencukupi akan menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan akhirnya masyarakat menjadi bosan dan mudah memandang serong kepada tokoh2 ilmuan yang lain dengan sebab fanatik kepada seseorang individu atau kumpulan. Saranan-saranan ilmu kebanyakkannya bukan daripada kajian yang mendalam, tetapi banyak menggunakan teori akal semata-mata. Sedangkan Islam itu datang dengan ilmu. Malah ayat pertama yang diturunkan adalah "Iqra". Oleh itu bagi mereka yang baru berjinak di dalam medan dakwah perlulah banyak membaca dan mengkaji. Bahan-bahan bacaan pula pilihlah yang muktabar dan diterima oleh para ilmuan. Tanpa ilmu yang mencukupi akan menimbulkan lebih banyak fitnah. Setiap percakapan mestilah disandarkan kepada ilmu. Jangan jadikan medan dakwah sebagai tempat untuk mencari duit semata-mata. Tetapi berdakwahlah secara ikhlas, Insyallah rezki akan datang bersama dengan orang yang ikhlas. Ingatlah sekiranya kita tidak mampu berdakwah secara lisan, kita boleh membantu berdakwah dengan cara yang lain yang dapat diterima oleh masyarakat. Berdakwah tidak semestinya melalui ceramah semata-mata. tetapi banyak lagi medium yang boleh kita gunakan. Tetapi menyokong usaha-usaha dakwah dengan menghulurkan bantuan kewangan adalah lebih bermakna bagi mereka yang memerlukannya. Marilah kita sama-sama bermuhasabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan