03 Mei 2012

Siapa Kawan Anda?

Ada orang kata  kalau nak kenal diri seseorang, lihatlah siapa kawan-kawannya. Kalau dia seorang yang alim, kawan-kawannya juga adalah di kalangan orang-orang yang berilmu. Ibarat jika dia berkawan dengan penjual minyak wangi, dia juga berbau wangi, kalau dia berkawan dengan tukang besi, bajunya juga akan berbau asap. Tapi bagaimanakah kalau seseorang itu berkawan dengan semua orang. Bagaimanakah kita nak menilai orang itu ? Kata orang-orang tua, kalau seseorang yang minat memancing...tak kira siapa pun dia, Tok Imam Masjid ke, Ahli Muzik ke,  tentu dia akan mencari kawan yang mempunyai hobi yang sama. Jadi nilailah dia dari hobinya. Tetapi bolehkah begitu, dengan hanya melihat dari satu, dua sudut sahaja? Bukankah pepatah Inggeris ada mengatakan " Don't Judge book by it cover'.....Oleh itu bukan senang menilai manusia. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain........ So beware !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan