29 September 2010

PENGAMBILAN TANAH WAKAF UNTUK KEPENTINGAN AWAM

Keputusan: 
A. Bahawa menurut Hukum Syarak tanah-tanah Wakaf tidak boleh dijual beli, tidak boleh diberi kepada sesiapa dan tidak boleh pindah milik, demikianlah sebagaimana yang berlaku pada Wakaf Saidina Omar Ibnu Khattab R.A. tanahnya di Khaibar, yang mana menjadi Wakaf yang pertama dalam Islam.
B. Bahawa menurut seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, tanah-tanah Wakaf Negeri Melaka ini terletak pada Majlis Agama Islam, sebagai pemegang Amanah yang tunggal.
C. Oleh yang demikian jika tanah Wakaf diambil balik oleh Pihak Berkuasa Negeri kerana apa jua sebab, maka pampasan wajiblah dibayar baginya dan wang pampasan itu hendaklah terletakhak dan dibayar kepada Majlis Agama Islam, supaya diganti tanah lain sebagai mengekalkan Wakaf dan menunaikan kehendak yang berwakaf.
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Nombor Rujukan: 
 PMM/0020 Klt.2
Akta/Enakmen: 
 No. 54

Tiada ulasan:

Catat Ulasan