10 November 2013

Hukum Bertepuk Tangan Dalam Majlis



Pandangan Sheikh 'Atiyyah Saqr daripada Jawatankuasa Fatwa al-Azhar, perbuatan bertepuk tangan yang ditegah itu adalah bertepuk tangan yang membawa maksud ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah, kerana sesungguhnya ia adalah cara jahiliah yang tidak harus  bagi seorang muslim menirunya.

      Walau bagaimanapun bertepuk tangan di dlam kehidupan harian atau majlis-majlis biasa, tiada sebarang dalil yang menegahnya. Maka ia mengambil hukum yang asal iaitu harus. Akan tetapi, untuk majlis yang diadakan di dalam masjid, dengan suasana manusia beribadah secara khusus kepada Allah, bertepuk tangan bukanlah sesuatu yang elok untuk dibiasakan. Justeru, altenatifnya adalah di antara bertakbir atau menyebut dengan kalimah-kalimah yang menyuntik semangat serta penghargaan, atau tepuklah tangan seadanya.

     Adapun bertepuk tangan secara terbalik, ia suatu keganjilan yang tidak harus dinisbahkan kepada akhlak Islam hingga menimbulkan sangkaan bahawa itulah cara yang diajar oleh sunnah SAW.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan